Saturday, August 6, 2011

cheese tart

kulit tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

adunan cheese

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

buat corak

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

Wednesday, July 27, 2011

cheese puding

Puding cheese yang hanya menggunakan biskut cheese tapi tetap sedap & rasa yg lemak berkrim.

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

Sunday, June 26, 2011

Marble Chocolate Cheese Cake

sumber : cik epel


Bahan-bahan


Bahan A

180 gm. Butter

170 gm. Gula castor

3 biji telur

20 gm. cocoa powder - ayak

120 gm. tepung naik Sendiri - ayak ~~

1 tsp. baking powder - ayak

Bahan B

250 gm. cream cheese

60 gm. gula castor

1 tsp. vanilla essence

1 biji telur


Cara-cara

1. Pukul butter and gula sehingga kembang dan ringan.

2. Masukkan telor sebiji demi sebiji.

3. Masukkan tepong, cocoa dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.

4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan B hingga kembang.

5. Tuang separuh bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 8" dan ratakan.

6. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.

7. Tuangkan baki adunan A.

8. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. [Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang].

Hiasan cupcakes

Buttercream (untuk buat rose, basket, border dsb)

sumber/credit to : lady ana

250gm Cream mixture / Krimwell
250gm Shortening
300gm gula ising - diayak (2 kali ayak utk lebih halus)

Cara-cara :
1. Putar cream dgn shortening pada kadar sederhana sehingga kembang
2. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit
3. Pukul lagi hingga ising kelihatan gebu dan putih

sumber/credit to : Puan Badariah @ ole2 summer cake

KEK COKLAT KUKUS BADARIAH
( sumber : Puan Badariah Ibrahim @ ResepiNet )
BAHANNYA :
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
*************************
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
*************************
1 cwn air panas
CARANYA :
Satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
Last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
Adunan siap sedia dikukus. Kukus selama 1 jam.
Balut tudung pengukus & kukus dengan api yg sederhana kecil...
Untuk Topping :
2 sudu majerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu pekat
- Masak secara double boiler / biarkan sebentar & Curahkan atas kek

Donut Inti Kastard Resepi : Kak CT Delima via dapur suzi

Bahan :

280 ml air
300 g tepung roti ( high protein flour )
200 g tepung gandum ( plain flour )
10 g garam halus - secubit
60 g gula
20 g susu tepung
1/2 camca besar baking powder
3 1/2 camca teh instant yeast
2 biji kuning telur
50 g lemak sayur @ shortening


Bahan Kastard :
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 g butter
2 sudu kecil esen vanila


Cara membuat inti kastard :
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter. Kacau rata dengan whish dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan tuang esen vanila dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.


Cara membuat donut :
Satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan masukkan dalam satu bekas dan perap 1 jam @ hingga adunan naik 2 kali ganda.
Kaedah breadmaker : Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan kedalam breadmaker, pilih setting doh dan tekan butang on. Tunggu hingga siap.
Keluarkan doh dan uli sekejap, rehatkan 5 minit dan bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan gelas dan alihkan kedulang yg ditabur dengan sedikit tepung. Buat hingga siap dan biarkan selama 1/2 jam @ hingga doh naik.
Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3 - 4 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak, bila kuning keemasan pada ke dua2 bahagian , boleh angkat dan toskan.
Bila donut dah suam2 sejuk, tebuk hujungnya dengan chopstick untuk buat sedikit ruang dalam donut tu, hati2 yerk jangan sampai tertembus donut tu...
Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donut tadi, kemudian barulah disalut dengan gula kastor. Boleh lihat cara2nya DISINI.
Selamat mencuba.....